zcity logo

Blog

Menyingkap Keseronokan Filem Aksi Jenayah Melayu-Korea: “THE LORD MUSANG KING”

Dalam landskap pemasaran filem yang sentiasa berkembang, media baru telah membuka peluang baru bagi mempromosi filem-filem berkualiti tinggi. ZCITY berbangga dapat menjadi sebahagian daripada transformasi ini dengan menjadi perintis hubungan di antara filem dan juga penggemarnya. Hari ini, kami berasa sangat teruja untuk memperkenalkan sebuah karya agung sinematik yang pastinya menjanjikan perubahan dalam industri filem Malaysia.

“THE LORD MUSANG KING” bukan filem aksi jenayah biasa anda tonton. Ia merupakan sebuah projek revolusioner yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dari dua buah negara iaitu Malaysia dan Korea Selatan bagi pengalaman sinematik yang pastinya tiada tandingan. Dalam kolaborasi bersejarah ini, syarikat produksi tempatan, Popcorn Production bersama-sama dengan beberapa syarikat pelaburan terkemuka dan juga pelabur telah bekerjsama dengan Pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho untuk menghasilkan karya terbaik. ZCITY berbangga dan sangat berbesar hati untuk menjadi rakan kerjasama bagi pemasaran filem hebat ini.

Plot menarik untuk penonton!

ZCITY, The Lord Musang King, movie, local movie, support local movie, collaboration

Filem ini mengisahkan tentang Haikal yang merupakan anak kepada petani dusun buah-buahan terbesar di Masalia. Kehidupan Haikal bertukar dramatik apabila dia telah difitnah dan dimasukkan ke dalam penjara secara tidak adil. Bagi menyelamatkan anaknya daripada perjanjian dengan presiden berpengaruh Kumpulan Perdagangan Antarabangsa Cheon Ha di Korea, Cheon Jin, bapa Haikal iaitu Samad, dengan tragisnya telah kehilangan nyawa ketika cuba membuat perjanjian jual beli bagi syarikatnya. Kejadian malang yang menimpa Samad telah sampai ke pengetahuan Haikal yang masih berada di dalam penjara. Namun, dakwaan yang mengatakan bahawa kematian bapanya itu adalah akibat bunuh diri kemudiannya telah mendorong Haikal untuk melarikan diri dari penjara demi mencari kebenaran.

Bagi mendapatkan kesahihan mengenai kematian Samad dan juga keadilan terhadap dirinya, Haikal bergandingan dengan polis tempatan bagi memastikan usaha untuk membawa penjenayah sebenar ke muka pengadilan berjaya. "THE LORD MUSANG KING" menjanjikan naratif yang mendebarkan, penuh dengan aksi, ketegangan, dan juga keazaman seorang anak untuk mengungkap rahsia hitam di sebalik kematian bapanya.

Gambaran Masa Depan Perfileman yang Lebih Hebat

Kerjasama luar biasa antara Malaysia dan Korea Selatan ini merupakan satu titik tolak penting dalam sejarah perfileman negara. Hasil usaha bersama bakat hebat dari kedua-dua buah negara, "THE LORD MUSANG KING" dijangka akan memukau penonton dengan jalan cerita unik dan nilai produksi yang luar biasa.

Selepas persiapan yang teliti selama dua tahun, "THE LORD MUSANG KING" kini telah menamatkan penggambarannya dan sedang berada dalam fasa pasca-produksi. Filem ini dijadual akan menemui penonton pada pada 21 Disember 2023, dan menjanjikan satu spektakel sinematik yang pastinya anda tidak ingin lepaskan.

Bagi yang ingin mengetahui di sebalik tabir rakaman dan juga ‘sneak peak’ filem menarik ini, anda bolehlah mengikuti 'The Lord_Musang King' TikTok sekarang. Nantikan pelbagai kandungan eksklusif dan kemas kini terbaru menjelang tarikh tayangan yang semestinya mendebarkan.

Apa yang pasti, "THE LORD MUSANG KING" bukan sekadar filem; ia merupakan bukti kepada hasil kekuatan kerjasama, menggabungkan hanya yang terbaik dari dua buah negara bagi mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa. Jadi, bersedialah untuk pengalaman sinematik yang tiada tandingan pada 21 Disember 2023 ini. Pastikan anda tidak terlepas!

Rasai penjimatan terhebat bersama ZCITY hari ini. Muat turun aplikasi ZCITY untuk mulakan pengalaman beli-belah yang terbaik dan menyenangkan.

Maklumat kempen terkini: Link

Ikuti ZCITY di media sosial untuk lebih banyak kandungan: